Monday, January 17, 2011

oh, Manisan !

Inilah sedikit bahagian Little India, Klang yang sempat saya rakam.


Manisan adalah hidangan yang enak untuk dihidang kepada tetamu. Dari kek, kuih muih hinggalah biskut ianya akan tetap menjadi pilihan semua orang. Manisan ini biasanya dihidangkan kepada tetamu apabila mereka berkunjung ke rumah atau ia juga dimakan di waktu petang hari. Di Malaysia lazimnya terdapat pelbagai jenis manisan kerana di Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum, justeru agak mudah untuk rakyat Malaysia mencuba pelbagai jenis manisan.

Semasa hari sabtu lepas iaitu 15 01 2011 saya yang sedang berjalan-jalan di Little India, Klang, tertumpu pada pelbagai jenis manisan kaum India yang berwarna warni. Pelbagai warna dan bentuk manisan ini yang menjadi tatapan saya sepanjang waktu disana. Dari warna kuning, hijau dan merah serta pelbagai bentuk yang dapat di lihat.



Antara gerai yang menjual manisan.




Pelbagai jenis manisan yang dijual disitu.



Seorang pelanggan yang membeli manisan di gerai tersebut.


Selain daripada gerai itu yang menjual manisan dan beberapa makanan lain, terdapat juga kedai makan dan restoran yang banyak menyajikan manisan-manisan ini. salah satu restoran yang menjual manisan adalah restoran yang terletak di tepi lot kedai.



Restoran yang menjual manisan.


Manisan kaum India ini, mempunyai rasa yang sedap dan bau yang enak. Pelbagai rasa yang dapat dirasai pada manisan ini. Susu, manis gula, dan tidak kurang juga herba-herba yang digunakan dalam sesetengah manisan. 




1 comment:

learn lighting said...

Hai
kena beranikan diri bila shooting. Cuba communicate dgn subjek. Berdasarkan caption anda telah scopekan pada manisan..ini langkah yang bagus (anda mencari news angle yg tersendiri). Ok cuba lagi dgn lebih yakin dan berani!
tk